Lion JT-610: Penyelam Diganggu Bunyi Jeritan dan Tangisan Semasa Di Dasar Laut?

Lion JT-610: Penyelam Diganggu Bunyi Jeritan dan Tangisan Semasa Di Dasar Laut?

Bagaikan tak percaya, sudah hampir seminggu nahas pesawat Lion Air JT-610 berlalu. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa Indonesia masih tak putus asa dalam berusaha mencari dan menyelamat mangsa yang terkandas di dasar laut.


Pun begitu, kerja mencari dan menyelamat ni bukanlah kerja senang kerana penyelam ni kena berdepan dengan macam-macam kemungkinan di dasar laut. Menurut Astro AWANI, salah seorang penyelam dari unit Persatuan Olahraga Selam Seluruh Indonesia (Possi) Semarang berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya.

Malik, salah seorang penyelam dari laut mengakui dia alami pengalaman aneh. Salah satu darinya ialah dia terdengar ada suara memanggil sedangkan dia berada pada kedalaman puluhan meter di bawah laut.


“Memang kadang-kadang ada gangguan seperti ini, tetapi saya anggap ia perkara biasa kerana perkara itu memang ada tertulis di dalam al-Quran. Jin dan manusia itu memang diciptakan oleh ALLAH SWT,” katanya.

Diganggu teriakan dan tangisan wanita, tapi anggap sebagai halusinasi

Selain Malik, seorang anggota di Angkatan Tentera Laut Indonesia (TNI) turut alami pengalaman yang sama.

“Saat berada di dasar laut, dia terdengar teriakan suara wanita memanggilnya namun mengendahkan suara tersebut.

“Dia hanya fokus kepada misi pencarian mangsa walaupun sering ‘diganggu’.

“Kita seperti merasakan ada jeritan, tangisan, tetapi kita tidak hiraukan mereka, kita anggap itu hanya halusinasi penyelam sahaja,” katanya.

Apa-apapun sebagai seorang Islam, kita percaya perkara ghaib ini wujud. Mungkin roh mangsa tak tenang atau lain-lain kita tak tahu. Doakan sajalah misi ini dapat diselesaikan dengan cepat dan semua mayat ditemui dengan keadaan yang baik.

Sumber




Contact Us

Name

Email *

Message *

Categories

Search This Blog

Powered by Blogger.

Arsip Blog